35 Begitu juga dalam ayat lain Dia berfirman,‘Engkau tidak akan membiarkanHamba-Mu yang setia itu reput di dalam kubur.’
36 Pada masa hidupnya, Daud melakukan kehendak Allah, lalu Daud meninggal, dikuburkan dengan nenek moyangnya dan jenazahnya reput.
37 Tetapi hal ini tidak berlaku terhadap Dia yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian.
38-39 Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua. Setiap orang yang percaya kepada-Nya dibebaskan daripada segala dosa yang tidak dapat dihapus oleh Taurat Musa.
40 Berwaspadalah supaya apa yang dikatakan nabi-nabi ini tidak berlaku kepada saudara semua,
41 ‘Dengarlah hai orang yang menghina Allah!Kamu akan kehairanan lalu binasa!Apa yang Aku lakukan pada masa initidak akan kamu percayai,meskipun orang menerangkannya kepada kamu!’ ”
42 Apabila Paulus dan Barnabas meninggalkan rumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datang kembali pada hari Sabat yang berikutnya, untuk memberitahu mereka perkara-perkara itu lagi.