47 Hal itu demikian kerana inilah perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada kami,‘Aku sudah menetapkan supaya kamu menjadi cahaya bagi bangsa bukan Yahudi,dan melalui kamu, Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.’ ”
48 Apabila orang bukan Yahudi mendengar kata-kata itu, mereka bersukacita dan memuji firman Tuhan. Mereka yang sudah dipilih oleh Allah untuk menerima hidup sejati dan kekal, pun percaya kepada Yesus.
49 Firman Tuhan tersebar ke serata tempat di daerah itu.
50 Tetapi orang Yahudi menghasut pembesar-pembesar kota itu dan wanita-wanita terkemuka bangsa asing yang takut akan Allah. Mereka mula menganiaya Paulus dan Barnabas, dan menghalau mereka berdua dari daerah itu.
51 Rasul-rasul itu mengebaskan debu pada kaki mereka di hadapan orang di situ sebagai amaran, lalu pergi ke Ikonium.
52 Tetapi pengikut-pengikut Yesus di Antiokhia sangat bersukacita dan mereka dikuasai oleh Roh Allah.