32 Dengan segera komandan membawa beberapa orang pegawai tentera serta askar, lalu cepat-cepat pergi ke tempat huru-hara itu. Semasa orang ramai itu melihat komandan dengan askarnya, mereka berhenti memukul Paulus.
33 Komandan itu menghampiri Paulus lalu menangkap dia, dan menyuruh orang membelenggu dia dengan dua rantai. Lalu komandan itu bertanya, “Siapakah orang ini, dan apa yang sudah dilakukannya?”
34 Sesetengah orang ramai menjawab begini dan sesetengah yang lain menjawab begitu. Keadaan begitu kacau sehingga komandan itu tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku. Oleh itu dia menyuruh askarnya membawa Paulus ke dalam kubu.
35 Mereka membawa dia sampai ke tangga, lalu askar-askar itu harus menggotong Paulus kerana orang ramai yang merusuh itu mengamuk.
36 Perusuh-perusuh itu mengikuti Paulus sambil berseru, “Bunuh dia!”
37 Apabila askar-askar hampir sampai ke kubu, Paulus berkata kepada komandan itu, “Bolehkah saya bercakap sebentar dengan tuan?”Komandan itu berkata, “Kamu dapat berbahasa Yunani!
38 Jika demikian kamu bukan orang Mesir yang tempoh hari memulakan pemberontakan dan memimpin empat ribu orang pengganas bersenjata pergi ke padang gurun.”