26 Tuanku Raja Agripa, hamba berani berkata-kata di hadapan tuanku dengan terus terang, kerana tuanku faham akan perkara-perkara itu. Hamba yakin bahawa tuanku mengetahui semuanya, kerana hal-hal itu tidak berlaku di tempat yang tersembunyi.
27 Tuanku Raja Agripa, hamba tahu bahawa tuanku percaya kepada apa yang dikatakan oleh nabi-nabi itu!”
28 Raja Agripa bertitah kepada Paulus, “Kamu fikir kamu boleh menjadikan beta seorang Kristian, dalam tempoh yang singkat ini?”
29 Paulus menjawab, “Dalam tempoh yang singkat ataupun dalam tempoh yang panjang, hamba berdoa kepada Allah supaya tuanku dan para hadirin yang mendengarkan hamba hari ini boleh menjadi seperti hamba - tetapi tidak dirantai seperti hamba.”
30 Kemudian raja, gabenor, Puteri Bernike, dan semua orang yang lain berdiri.
31 Setelah mereka ke luar, mereka bercakap sesama sendiri, “Orang ini tidak melakukan apa-apa, sehingga dia patut dihukum mati atau dipenjarakan.”
32 Lalu Raja Agripa berkata kepada Festus, “Sebenarnya orang ini dapat dibebaskan, jika dia tidak mengajukan rayuan supaya perkaranya diadili oleh Kaisar.”