27 kerana seolah-olah fikiran bangsa ini tumpul,telinga pekak, dan mata buta.Jika mereka tidak demikian, tentu mata mereka akan melihat,telinga akan mendengar,dan fikiran boleh mengerti,sehingga mereka akan kembali kepada-Ku,dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’ ”
28 Akhirnya Paulus berkata, “Saudara-saudara harus tahu bahawa perkhabaran tentang penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah, sekarang sudah dikhabarkan kepada orang bukan Yahudi. Mereka akan menerimanya!” [
29 Setelah Paulus berkata demikian, orang Yahudi meninggalkan tempat itu sambil bertengkar sesama sendiri dengan sengit.]
30 Selama dua tahun Paulus tinggal di Roma, di rumah yang disewanya sendiri. Dia menyambut sesiapa sahaja yang datang melawatnya.
31 Dengan kebebasan dan keberanian, Paulus mengkhabarkan ajaran tentang Pemerintahan Allah, dan memberikan ajaran tentang Tuhan Yesus Kristus.