45 Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia.
46 Pada hari ketiga mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-guru agama Yahudi dan mengajukan soalan.
47 Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak.
48 Ibu bapa-Nya pun hairan melihat Dia. Ibu-Nya berkata kepada Dia, “Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!”
49 Yesus menjawab, “Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?”
50 Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus.
51 Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati.