12 Tetapi sebelum segala perkara ini berlaku, kamu akan ditangkap dan dianiaya. Kamu akan dibawa ke rumah ibadat untuk diadili, lalu dipenjarakan. Kamu akan dihadapkan kepada raja dan penguasa kerana kamu pengikut-Ku.
13 Inilah peluang kamu untuk mengkhabarkan Berita Baik.
14 Bertekadlah bahawa kamu tidak akan khuatir tentang bagaimana kamu harus membela diri.
15 Aku akan memberikan kata-kata dan kebijaksanaan kepada kamu, sehingga tiada seorang musuh pun dapat melawan atau menafikan kata-kata kamu.
16 Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu.
17 Semua orang akan membenci kamu kerana Aku,
18 tetapi sehelai rambut pun di kepala kamu tidak akan hilang.