17 Dia berbuat demikian supaya berlakulah apa yang difirmankan Allah melalui Nabi Yesaya,
18 “Inilah hamba-Ku yang telah Aku pilih,orang yang Aku kasihi dan yang menyenangkan hati-Ku.Roh-Ku akan Aku anugerahkan kepada-Nya,dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa.
19 Dia tidak akan bertengkar atau berteriak,ataupun berkata-kata dengan suara kuat di jalan-jalan raya.
20 Buluh halus yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya,pelita yang redup tidak akan dipadamkan-Nya.Dia akan berjuang sehingga keadilan tercapai,
21 dan semua bangsa akan berharap kepada-Nya.”
22 Kemudian seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus. Yesus menyembuhkannya sehingga orang itu dapat bercakap dan melihat.
23 Orang ramai di situ kehairanan, lalu mereka bertanya, “Mungkinkah Dia ini Anak Daud?”