42 Pada Hari Kiamat kelak, ratu dari Syeba akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Salomo yang bijak itu. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo!”
43 “Apabila roh jahat meninggalkan seseorang, roh itu menjelajah tempat yang kering untuk mencari tempat tinggal. Jika tempat tinggal tidak ditemuinya,
44 roh itu akan berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ Kemudian roh itu balik dan mendapati rumah itu kosong, bersih, dan teratur.
45 Lalu roh itu pergi dan memanggil tujuh roh lain yang lebih jahat daripadanya. Semuanya memasuki orang itu dan tinggal di situ. Akhirnya keadaan orang itu lebih buruk daripada dahulu. Inilah yang akan berlaku kepada orang jahat zaman ini.”
46 Sementara Yesus berkata-kata dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya tiba. Mereka berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Yesus.
47 Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus bahawa ibu dan saudara-saudara-Nya hendak bercakap dengan Dia.
48 Tetapi Yesus berkata, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?”