44 Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”
45 “Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.
46 Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali.
47 Percayalah, tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu.
48 Tetapi jika hamba itu orang yang jahat, dia akan berkata dalam hati, ‘Masih lama lagi tuanku akan kembali.’
49 Lalu dia mula memukul hamba-hamba yang lain, dan makan minum dengan orang yang suka mabuk.
50 Kemudian pada hari dan masa yang tidak disangkanya, tuan hamba itu kembali.