10 Engkaulah Raja kami.Semoga Engkau memerintah di bumi,dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.
11 Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.
12 Ampunkanlah kesalahan kami,seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami.
13 Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai,tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.[Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’
14 Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu.
15 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”
16 “Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran.