1 Saudara-saudaraku! Dengan sepenuh hati aku berharap supaya bangsaku diselamatkan! Dengan tekun aku berdoa kepada Allah bagi mereka.
2 Aku boleh memberikan kesaksian bahawa mereka sungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi pengabdian mereka tidak berdasarkan pengetahuan daripada Allah.
3 Mereka tidak mengetahui cara Allah membolehkan manusia berbaik semula dengan Dia. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengikut cara mereka sendiri. Oleh itu mereka tidak mahu menerima cara Allah membolehkan manusia berbaik semula dengan Dia.
4 Kristus sudah menyebabkan Taurat tidak lagi berkuatkuasa. Oleh itu orang yang percaya kepada Kristus dapat berbaik semula dengan Allah.
5 Inilah yang ditulis oleh Musa tentang cara berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, “Orang yang mentaati Taurat akan hidup.”
6 Tetapi tentang cara berbaik semula dengan Allah melalui kepercayaan kepada-Nya, Alkitab mengatakan demikian, “Janganlah bertanya dalam hati, ‘Siapakah yang akan naik ke syurga?’ (maknanya membawa Kristus turun),
7 atau ‘Siapakah yang akan turun ke alam maut?’ (maknanya membawa Kristus naik daripada kematian).”