10 Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili.
11 Di dalam Alkitab tertulis,“Sesungguhnya,” firman Tuhan,“tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah.”
12 Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.
13 Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa.
14 Kerana aku bersatu dengan Tuhan Yesus, aku yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang pada dasarnya najis, tetapi jika seseorang menganggap sesuatu hal najis, maka najislah hal itu bagi dia.
15 Jika apa yang kamu makan, menyakiti hati seorang saudara seiman, tindakan kamu itu tidak berdasarkan kasih. Janganlah hancurkan seseorang dengan apa yang kamu makan, kerana Kristus sudah mati baginya.
16 Janganlah sebabkan apa yang kamu anggap baik, dianggap jahat oleh orang lain.