5 Ada orang yang berpendapat bahawa suatu hari tertentu lebih mustahak daripada hari yang lain, sedangkan orang lain berpendapat bahawa semua hari sama sahaja. Hendaklah setiap orang yakin akan pendiriannya.
6 Sesiapa yang mengutamakan hari-hari tertentu, berbuat demikian untuk menghormati Tuhan. Sesiapa yang makan apa sahaja, berbuat demikian untuk menghormati Tuhan, kerana dia bersyukur kepada Allah bagi makanan itu. Sesiapa yang hanya makan makanan tertentu, juga menghormati Tuhan dan bersyukur kepada Allah.
7 Tidak seorang pun di kalangan kita yang hidup atau mati bagi dirinya sendiri.
8 Jika kita hidup, kita hidup untuk Tuhan. Jika kita mati, kita pun mati untuk Tuhan. Sama ada kita hidup atau mati, kita milik Tuhan.
9 Kristus mati dan hidup semula supaya Dia menjadi Tuhan kepada orang hidup dan orang mati juga.
10 Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili.
11 Di dalam Alkitab tertulis,“Sesungguhnya,” firman Tuhan,“tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah.”