20 Kamu pendidik kepada orang yang bodoh, dan guru kepada orang yang belum matang. Kamu yakin bahawa di dalam Taurat, kamu mempunyai segala pengetahuan dan ajaran yang benar.
21 Kamu mengajar orang lain, tetapi mengapa kamu tidak mengajar diri sendiri? Kamu berkata, “Jangan mencuri” - tetapi mengapa kamu sendiri mencuri?
22 Kamu berkata, “Jangan berzina” - tetapi mengapa kamu sendiri berzina? Kamu membenci berhala, tetapi mengapa kamu merompak rumah berhala?
23 Kamu bangga kerana memiliki Taurat, tetapi mengapa kamu mempermalukan Allah dengan tidak mentaati perintah-Nya?
24 Di dalam Alkitab tertulis, “Kerana kamu, orang Yahudi, Allah dikufuri oleh orang bukan Yahudi.”
25 Jika kamu taat kepada Taurat, sunat kamu itu berfaedah. Tetapi jika kamu tidak mematuhi Taurat, sunat kamu itu sia-sia.
26 Jika orang bukan Yahudi yang tidak bersunat, mematuhi Taurat, tidakkah Allah akan menganggap mereka sebagai orang yang bersunat?