6 Tetapi sekarang kita bebas daripada kuasa Taurat, kerana kita sudah mati terhadap Taurat yang dahulu menguasai kita. Kita tidak lagi mengabdikan diri dengan cara lama menurut hukum yang tertulis. Tetapi sekarang kita mengabdikan diri menurut cara baru yang ditunjukkan oleh Roh Allah.
7 Jika demikian, apakah yang dapat kita katakan? Adakah Taurat itu jahat? Tentu tidak! Tetapi Tauratlah yang menyebabkan aku tahu akan dosa. Jika Taurat tidak mengatakan, “Jangan tamak akan harta orang,” aku tidak tahu akan ketamakan.
8 Melalui hukum itu, dosa mendapat peluang untuk membangkitkan pelbagai ketamakan dalam diriku. Jika tidak ada hukum agama, dosa tidak berkuasa.
9 Dahulu aku hidup tanpa hukum agama. Tetapi apabila aku mengetahui hukum itu, dosa mula berkuasa
10 dan aku pun mati. Hukum yang seharusnya menyebabkan aku hidup, malahan mendatangkan kematian.
11 Melalui hukum, dosa mendapat peluang untuk menipu dan membunuh aku.
12 Taurat berasal daripada Allah, dan setiap hukum berasal daripada Allah, maka setiap hukum adil dan baik.