22 Begitu juga halnya dengan apa yang dilakukan oleh Allah. Dia ingin menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya. Tetapi Allah sangat sabar terhadap mereka yang menjadi sasaran kemurkaan-Nya, iaitu mereka yang akan dimusnahkan.
23 Allah juga ingin menyatakan kebahagiaan berlimpah-limpah, yang dicurahkan-Nya kepada kita yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya. Kita sudah disiapkan oleh-Nya untuk menerima kebahagiaan itu.
24 Kita ini orang yang sudah dipanggil-Nya, dan kita terdiri daripada orang Yahudi dan bukan Yahudi.
25 Di dalam kitab Nabi Hosea, Allah berfirman,“Orang yang bukan umat-Ku,akan Aku sebut ‘Umat-Ku.’Bangsa yang tidak Aku kasihi,akan Aku sebut ‘Kekasih-Ku.’
26 Di tempat Allah berfirman, ‘Kamu bukan umat-Ku,’di situ juga mereka akan disebut anak-anak Allah yang hidup.”
27 Nabi Yesaya berseru tentang orang Israel, “Sungguhpun bilangan orang Israel sebanyak pasir di laut, hanya sedikit sahaja yang akan diselamatkan;
28 kerana Tuhan akan segera menjatuhkan hukuman kepada semua orang di bumi.”