30 Oleh itu, inilah kesimpulannya: Orang bukan Yahudi yang tidak berusaha untuk berbaik semula dengan Allah, sekarang dapat berbaik semula dengan Allah, kerana mereka percaya kepada-Nya.
31 Sebaliknya orang Israel yang selalu mencari hukum yang membolehkan mereka berbaik semula dengan Allah, tidak menjumpainya.
32 Mereka tidak menjumpai hukum itu kerana mereka bergantung kepada usaha mereka sendiri, dan tidak percaya kepada Allah. Oleh itu mereka tersandung pada ‘batu sandungan’.
33 Di dalam Alkitab ada tertulis tentang batu itu,“Lihatlah, Aku meletakkan satu batu di Sion yang akan menyebabkan orang tersandung,satu batu besar yang akan menyebabkan orang jatuh.Tetapi orang yang percaya kepada Dia,tidak akan dikecewakan.”