2 Tangannya memegang sebuah gulungan naskhah kecil yang terbuka. Dia meletakkan kaki kanannya di laut, dan kaki kirinya di darat.
3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh.
4 Sebaik sahaja tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak menulis apa yang dikatakan. Tetapi aku mendengar suara dari syurga berkata, “Rahsiakanlah apa yang dikatakan oleh tujuh guruh itu; jangan tulis hal itu!”
5 Kemudian malaikat yang aku lihat berdiri di laut dan di darat mengangkat tangan kanannya ke langit.
6 Dia bersumpah demi Allah yang hidup selama-lamanya, yang menciptakan langit, bumi, dan laut, serta segala sesuatu di dalam semuanya itu. Malaikat itu berkata, “Masanya tidak akan ditunda lagi!
7 Tetapi apabila malaikat ketujuh meniup trompetnya, Allah akan menyelesaikan rancangan-Nya yang dirahsiakan itu, seperti yang telah diberitakan kepada hamba-hamba-Nya, para nabi.”
8 Kemudian suara yang aku dengar dari syurga itu, berkata kepadaku lagi, “Pergilah ambil gulungan naskhah terbuka itu, yang dipegang oleh malaikat yang berdiri di laut dan di darat.”