11 Setelah tiga hari setengah, nafas daripada Allah yang memberikan hidup, memasuki mereka. Mereka pun bangkit, sehingga semua orang yang melihat mereka sangat ketakutan.
12 Kemudian dua orang nabi itu mendengar suara lantang dari syurga berkata kepada mereka, “Marilah naik ke sini!” Di depan mata musuh mereka, kedua-dua orang nabi itu naik ke syurga dengan awan.
13 Tepat pada masa itu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Satu persepuluh kota itu musnah dan tujuh ribu orang terbunuh kerana gempa itu. Orang yang selebihnya ketakutan, lalu mereka memuji keagungan Allah di syurga.
14 Bencana kedua sudah lalu. Tetapi lihatlah! Bencana ketiga akan segera datang.
15 Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”
16 Lalu dua puluh empat orang pemimpin yang duduk di atas takhta mereka di hadapan Allah, bersujud dan menyembah Allah.
17 Mereka berkata,“Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa,yang ada dan yang sudah ada!Kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar,dan mula memerintah!