10 Kerana kamu menurut perintah-Ku supaya tabah ketika menanggung penderitaan, Aku pun akan menyelamatkan kamu daripada masa kesusahan yang akan menimpa seluruh dunia untuk menguji semua orang di bumi.
11 Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.
12 Sesiapa yang menang akan Aku jadikan seperti tiang di rumah Allah-Ku dan dia tidak akan meninggalkan tempat itu lagi. Pada dirinya akan Aku tulis nama Allah-Ku dan nama kota Allah-Ku, iaitu Yerusalem baru yang akan turun dari syurga, daripada Allah-Ku. Pada dirinya juga akan Aku tulis nama-Ku yang baru.
13 Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”
14 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Laodikia:Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, saksi yang setia dan benar, sumber segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah.
15 Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak sejuk dan tidak panas juga. Alangkah baiknya jika kamu salah satu daripadanya.
16 Tetapi kerana kamu suam-suam kuku, Aku akan meludahkan kamu.