1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai.
2 Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?”
3 Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya.
4 Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya.