1 Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana.
2 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut.
3 Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.”
4 Yesus menjawab, “Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.”
5 Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, “Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.”
6 Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air.
7 Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh.