43 Akhirnya orang berpihak-pihak kerana Yesus.
44 Beberapa orang hendak menangkap Dia, tetapi tidak seorang pun memegang-Nya.
45 Apabila pengawal-pengawal Rumah Tuhan yang disuruh pergi untuk menangkap Yesus datang kembali, ketua-ketua imam dan orang Farisi bertanya, “Mengapakah kamu tidak membawa dia ke mari?”
46 Para pengawal itu menjawab, “Belum pernah seseorang berkata-kata seperti dia!”
47 Orang Farisi di situ berkata, “Adakah dia menyesatkan kamu pula?
48 Pernahkah kamu dengar seorang daripada penguasa kita atau orang Farisi yang percaya kepadanya?
49 Orang ramai ini tidak mengenal Taurat Musa. Oleh itu terkutuklah mereka!”