16 Raja Yehoas mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja di Samaria. Kemudian Yerobeam II, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
17 Raja Amazia, raja Yehuda, hidup lima belas tahun lagi selepas kemangkatan Raja Yehoas, raja Israel.
18 Segala perbuatan Raja Amazia tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
19 Beberapa orang di Yerusalem berkomplot untuk membunuh Raja Amazia. Oleh itu baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuh-musuhnya mengejar baginda ke sana dan membunuh baginda.
20 Kemudian jenazah Raja Amazia diangkut dengan kuda ke Yerusalem, lalu dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud.
21 Penduduk Yehuda melantik Uzia, putera Raja Amazia, yang berusia enam belas tahun, menjadi raja.
22 Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Uzia merebut kembali kota Elat, lalu membinanya semula.