15 Selepas itu Raja Ahas memerintah Uria, “Gunakanlah mazbah beta yang besar ini untuk korban yang dibakar pada waktu pagi dan persembahan biji-bijian pada waktu petang, untuk korban yang dibakar dan persembahan biji-bijian yang dipersembahkan oleh raja dan rakyat, dan juga untuk persembahan wain daripada rakyat. Tuanglah darah semua binatang yang dipersembahkan sebagai korban ke atas mazbah itu. Mazbah gangsa yang lama itu biarlah beta gunakan untuk minta petunjuk.”
16 Uria melaksanakan perintah Raja Ahas.
17 Raja Ahas membongkar pedati-pedati gangsa yang digunakan di Rumah TUHAN, dan melepaskan besen-besen yang terletak di atas pedati-pedati itu. Baginda juga mengambil tangki gangsa dari atas lembu-lembu gangsa, lalu meletakkannya di atas alas batu.
18 Untuk mengambil hati raja Asyur, Raja Ahas juga membongkar pentas untuk takhta di Rumah TUHAN, lalu menutup pintu masuk Rumah TUHAN yang khas untuk raja.
19 Segala perbuatan Raja Ahas tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
20 Raja Ahas mangkat dan dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud. Hizkia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.