10 Demikianlah bunyi surat itu, “Allah yang raja percayai itu berjanji bahawa raja tidak akan jatuh ke dalam tangan beta, tetapi jangan ditipu oleh janji itu.
11 Raja telah mendengar apa yang dilakukan oleh raja Asyur terhadap setiap negeri apa sahaja yang hendak dimusnahkannya. Jangan sangka raja akan terlepas!
12 Nenek moyang beta memusnahkan kota Gozan, Haran, dan Rezef, serta membunuh orang Eden yang tinggal di Telasar. Tidak satu pun daripada dewa mereka dapat menyelamatkan mereka.
13 Di manakah raja-raja kota Hamat, Arpad, Sefarwaim, Hena, dan Iwa sekarang?”
14 Raja Hizkia mengambil surat itu daripada para utusan, lalu membacanya. Kemudian baginda pergi ke Rumah TUHAN dan membentangkan surat itu di hadirat TUHAN,
15 lalu berdoa, “Ya TUHAN, Allah Israel, Engkau yang bersemayam di atas kerub; Engkau satu-satunya Allah yang memerintah semua kerajaan di dunia. Engkau mencipta langit dan bumi.
16 Sekarang lihatlah hal yang berlaku kepada kami. Dengarlah segala hinaan yang diucapkan oleh Raja Sanherib terhadap-Mu, ya Allah yang hidup.