33 Raja Asyur akan pulang melalui jalan yang diikutinya ketika datang, tanpa memasuki kota ini. Aku, TUHAN, telah berfirman.
34 Demi kehormatan-Ku sendiri dan demi janji-Ku kepada hamba-Ku Daud, Aku akan membela kota ini serta melindunginya.’ ”
35 Pada malam itu satu malaikat TUHAN pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar. Pagi-pagi keesokan harinya, mereka semua sudah mati!
36 Kemudian Raja Sanherib dari Asyur, berundur dari sana dan pulang ke Niniwe.
37 Pada suatu hari, ketika baginda sedang bersembahyang di dalam kuil Nisrokh, dewanya, dua orang putera baginda, Adramelekh dan Sarezer, membunuh baginda dengan pedang. Selepas itu mereka lari ke tanah Ararat. Esarhadon, puteranya yang lain, menggantikan baginda sebagai raja.