14 Orang Lewi meninggalkan padang rumput mereka dan tanah yang lain, lalu mereka pindah ke Yehuda dan Yerusalem, kerana Raja Yerobeam yang memerintah Israel dan raja-raja yang menggantikan baginda tidak membenarkan mereka bertugas sebagai imam TUHAN.
15 Raja Yerobeam melantik imam-imamnya sendiri untuk bertugas di mazbah-mazbah penyembahan berhala dan syaitan, serta patung-patung berupa anak lembu jantan yang dibuatnya.
16 Daripada semua suku Israel, orang yang benar-benar hendak menyembah TUHAN, Allah Israel, mengikut orang Lewi ke Yerusalem, supaya mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.
17 Dengan demikian kerajaan Yehuda dikuatkan. Selama tiga tahun mereka menyokong Raja Rehabeam putera Raja Salomo. Mereka hidup seperti pada zaman dahulu, di bawah pemerintahan Raja Daud dan Raja Salomo.
18 Raja Rehabeam berkahwin dengan Mahalat. Bapa Mahalat ialah Yerimot, putera Raja Daud. Ibu Mahalat ialah Abihail anak Eliab, dan cucu Isai.
19 Raja Rehabeam dan Mahalat mempunyai tiga orang putera: Yeus, Semarya, dan Zaham.
20 Kemudian Raja Rehabeam berkahwin dengan Maakha anak Absalom, dan mendapat empat orang putera: Abia, Atai, Ziza, dan Selomit.