1 Selepas Raja Rehabeam memperkuat pemerintahannya, baginda dan segenap rakyatnya mengabaikan Taurat TUHAN.
2 Pada tahun kelima pemerintahan baginda, mereka dihukum oleh TUHAN kerana mereka tidak setia kepada-Nya. Yerusalem diserang oleh Raja Sisak, pemerintah Mesir,
3 dengan 1,200 buah kereta kuda, 60,000 orang askar berkuda, dan askar-askar yang tidak dapat dikira, termasuk juga tentera Libia, Suki, dan Etiopia.
4 Raja Sisak merebut kota-kota Yehuda yang berkubu, lalu maju sampai ke Yerusalem.