8 Oleh itu TUHAN murka terhadap Yehuda dan Yerusalem. Kamu semua tahu bahawa tindakan TUHAN menyebabkan tiap-tiap orang terkejut dan takut.
9 Nenek moyang kita dibunuh di medan peperangan, dan anak isteri kita ditawan.
10 Sekarang beta bertekad untuk mengadakan perjanjian dengan TUHAN, Allah Israel, supaya Dia tidak lagi murka terhadap kita.
11 Hai anak-anak beta, jangan buang masa lagi. Kamulah yang telah dipilih oleh TUHAN untuk membakar kemenyan bagi-Nya, serta memimpin rakyat untuk menyembah Dia.”
12-14 Inilah orang Lewi yang hadir pada masa itu:Daripada puak Kehat: Mahat anak Amasai dan Yoel anak Azarya.Daripada puak Merari: Kish anak Abdi dan Azarya anak Yehaleleel.Daripada puak Gerson: Yoah anak Zima dan Eden anak Yoah.Daripada puak Elisafan: Simri dan Yeiel.Daripada puak Asaf: Zakharia dan Matanya.Daripada puak Heman: Yehiel dan Simei.Daripada puak Yedutun: Semaya dan Uziel.
15 Mereka mengumpulkan orang Lewi daripada puak masing-masing, lalu mereka semua menyucikan diri. Sebagaimana yang dititahkan raja, mereka menyucikan Rumah TUHAN menurut Taurat TUHAN.
16 Imam-imam masuk ke dalam Rumah TUHAN untuk menyucikannya. Mereka mengeluarkan semua barang najis ke halaman. Dari situ orang Lewi membawa barang-barang najis itu ke luar kota, ke Lembah Kidron.