3 Daripada ternakan baginda sendiri, Raja Hizkia menyumbang binatang-binatang yang diperlukan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN yang dipersembahkan pada setiap pagi dan petang, pada hari Sabat, Perayaan Bulan Baru, dan juga pada perayaan-perayaan lain yang ditetapkan di dalam Taurat TUHAN.
4 Selain itu, raja juga menyuruh penduduk Yerusalem memberikan persembahan-persembahan yang ditetapkan bagi para imam dan orang Lewi, supaya mereka dapat menumpukan segala perhatian kepada suruhan Taurat TUHAN.
5 Sebaik sahaja perintah itu diumumkan, umat Israel membawa persembahan gandum yang terbaik, wain, minyak zaitun, madu, dan hasil tanaman yang lain. Mereka juga membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka.
6 Semua penduduk Yehuda membawa persepuluhan daripada kawanan lembu dan domba mereka. Mereka juga membawa banyak hadiah lain, yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah mereka.
7 Pemberian itu mula dihantar pada bulan ketiga, dan terus bertambah selama empat bulan.
8 Apabila Raja Hizkia dan pegawai-pegawai nampak betapa banyaknya pemberian yang telah diberikan, mereka memuliakan TUHAN dan memuji umat-Nya, orang Israel.
9 Raja bertanya kepada para imam dan orang Lewi tentang pemberian itu,