4 Raja Nekho memilih Raja Elyakim saudara Raja Yoahas, menjadi raja Yehuda, lalu menukar nama Raja Elyakim menjadi Raja Yoyakim. Raja Yoahas dibawa oleh Raja Nekho ke Mesir.
5 Raja Yoyakim berumur dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama sebelas tahun. Raja Yoyakim berdosa terhadap TUHAN, Allahnya.
6 Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Yehuda. Baginda menangkap Raja Yoyakim, membelenggunya, lalu membawa baginda ke Babilonia.
7 Raja Nebukadnezar membawa sebahagian harta dari Rumah TUHAN ke istananya di Babel.
8 Segala perbuatan Raja Yoyakim, termasuk perbuatannya yang keji dan jahat, tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda. Puteranya, Yoyakhin menggantikan baginda sebagai raja.
9 Raja Yoyakhin berumur lapan belas tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan sepuluh hari. Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN.
10 Pada musim bunga tahun itu, Raja Nebukadnezar menawan Raja Yoyakhin dan membawanya ke Babilonia. Raja Nebukadnezar juga membawa harta dari Rumah TUHAN. Selepas itu Raja Nebukadnezar memilih Zedekia, bapa saudara Raja Yoyakhin, menjadi raja Yehuda dan Yerusalem.