23-24 Ada orang yang sihat dan masih penuh tenagasehingga saat kematian mereka.Mereka meninggal dengan tenang dan bahagia,sedang tubuh mereka masih berdaya.
25 Ada pula orang yang tidak mempunyai kebahagiaan;mereka hidup lalu mati dengan penuh kepahitan.
26 Tetapi di dalam kubur mereka semua sama-sama terbaring;dikerumuni oleh ulat dan cacing.
27 Aku tahu apa yang kamu fikirkan,dan kejahatan terhadap aku yang kamu rancangkan.
28 Kamu bertanya, ‘Di manakah rumah orang kenamaan,orang yang melakukan kejahatan?’
29 Belum pernahkah kamu berbual dengan pengembara?Tidakkah kamu percaya akan laporan mereka?
30 Mereka berkata bahawa orang jahatlah yang selalu terlepaspada hari Allah murka dan menjatuhkan hukuman.