26 Tetapi di dalam kubur mereka semua sama-sama terbaring;dikerumuni oleh ulat dan cacing.
27 Aku tahu apa yang kamu fikirkan,dan kejahatan terhadap aku yang kamu rancangkan.
28 Kamu bertanya, ‘Di manakah rumah orang kenamaan,orang yang melakukan kejahatan?’
29 Belum pernahkah kamu berbual dengan pengembara?Tidakkah kamu percaya akan laporan mereka?
30 Mereka berkata bahawa orang jahatlah yang selalu terlepaspada hari Allah murka dan menjatuhkan hukuman.
31 Tiada seorang pun yang menuduh mereka,ataupun membalas perbuatan mereka.
32 Apabila mereka dibawa ke tanah perkuburan,batu nisan mereka dikawal,