28 Kamu bertanya, ‘Di manakah rumah orang kenamaan,orang yang melakukan kejahatan?’
29 Belum pernahkah kamu berbual dengan pengembara?Tidakkah kamu percaya akan laporan mereka?
30 Mereka berkata bahawa orang jahatlah yang selalu terlepaspada hari Allah murka dan menjatuhkan hukuman.
31 Tiada seorang pun yang menuduh mereka,ataupun membalas perbuatan mereka.
32 Apabila mereka dibawa ke tanah perkuburan,batu nisan mereka dikawal,
33 ribuan orang berjalan mengiringi jenazah mereka,dan dengan lembut tanah menimbus jenazah mereka.
34 Tetapi kamu cuba menghiburkan aku dengan cakap kosong,dan segala jawapan kamu itu bohong!”