1 Kemudian Elifas berkata,
2 “Di kalangan manusia, tiada yang berguna bagi Allah.Orang yang paling bijak pun tidak berguna bagi-Nya.
3 Apakah faedahnya bagi Yang Maha Kuasa,jika engkau melakukan kehendak-Nya?Apakah ada keuntungan bagi-Nyajika hidupmu sempurna?
4 Bukan kerana engkau takut dan hormat kepada Allah,maka Dia menegur dan mengadili engkau,
5 melainkan kerana dosamu banyak,dan engkau sangat jahat.
6 Untuk memaksa saudaramu membayar hutangnya,engkau merampas pakaiannya dan membiarkan dia telanjang.
7 Engkau enggan memberikan air kepada mereka yang lelah,dan enggan memberikan makanan kepada mereka yang lapar.