15 maka matilah semua orang yang bernyawa,dan manusia menjadi debu semula.
16 Jika kamu arif, perhatikanlah,pasanglah telinga dan dengarlah.
17 Jika Allah membenci keadilan, Dia tidak patut memerintah.Adakah kamu menyalahkan Allah yang adil dan perkasa?
18 Allah menyalahkan pemerintah dan raja,apabila mereka berbuat jahat dan derhaka.
19 Allah menciptakan setiap insan;Dia tidak menyebelahi raja,atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.
20 Orang mungkin mati pada waktu malam dengan tiba-tiba.Allah menjatuhkan hukuman kepada manusia dan mereka pun binasa;Dia membunuh yang perkasa dengan mudah sahaja.
21 Dia memperhatikan kelakuan manusia,dan meneliti semua langkah mereka.