19 Allah menciptakan setiap insan;Dia tidak menyebelahi raja,atau mengutamakan yang kaya daripada yang miskin.
20 Orang mungkin mati pada waktu malam dengan tiba-tiba.Allah menjatuhkan hukuman kepada manusia dan mereka pun binasa;Dia membunuh yang perkasa dengan mudah sahaja.
21 Dia memperhatikan kelakuan manusia,dan meneliti semua langkah mereka.
22 Tiada kegelapan yang cukup gelapnyauntuk menyembunyikan orang berdosa.
23 Allah tidak perlu menentukan masauntuk mengadili manusia.
24 Dia tidak perlu menyelidiki dan menyiasat penguasasebelum memecat mereka, dan mengangkat pengganti mereka.
25 Kerana Dia tahu apa yang dilakukan mereka,Dia menggulingkan mereka pada waktu malam dan memusnahkan mereka.