22 Tiada kegelapan yang cukup gelapnyauntuk menyembunyikan orang berdosa.
23 Allah tidak perlu menentukan masauntuk mengadili manusia.
24 Dia tidak perlu menyelidiki dan menyiasat penguasasebelum memecat mereka, dan mengangkat pengganti mereka.
25 Kerana Dia tahu apa yang dilakukan mereka,Dia menggulingkan mereka pada waktu malam dan memusnahkan mereka.
26 Dia menghukum orang berdosa di hadapan orang ramai,
27 kerana mereka tidak lagi mengikut Dia;dan mereka tidak mengendahkan segala perintah-Nya.
28 Mereka menyebabkan orang miskin berseru kepada Allah,dan Allah mendengar seruan mereka.