26 Dia menghukum orang berdosa di hadapan orang ramai,
27 kerana mereka tidak lagi mengikut Dia;dan mereka tidak mengendahkan segala perintah-Nya.
28 Mereka menyebabkan orang miskin berseru kepada Allah,dan Allah mendengar seruan mereka.
29 Jika Allah membuat keputusan untuk diam sahaja,tiada sesiapa pun dapat mengecam Dia.Jika Dia menyembunyikan muka-Nya,tidak sesiapa pun dapat menemukan Dia.
30 Maka bangsa-bangsa tidak berdayauntuk menghalang penindas daripada menguasai mereka.
31 Ayub, sudahkah engkau mengakui kesalahanmu kepada Allah?Sudahkah engkau berjanji tidak akan berdosa semula?
32 Sudahkah engkau meminta Allah menunjukkan kesalahan yang tidak engkau ketahui?Sudahkah engkau bersetuju menghentikan kejahatan itu?