32 Sudahkah engkau meminta Allah menunjukkan kesalahan yang tidak engkau ketahui?Sudahkah engkau bersetuju menghentikan kejahatan itu?
33 Oleh sebab engkau tidak menyetujui perbuatan Allah,engkau tidak boleh mengharapkan Dia mengabulkan kehendakmu.Engkaulah yang harus membuat keputusan, bukan aku;beritahulah kami pendapatmu.
34 Setiap orang yang berakal pasti akan bersetuju;setiap orang bijak yang mendengar aku akan berkata
35 bahawa Ayub bercakap tanpa mengerti,dan bahawa kata-katanya tidak mengandung erti.
36 Jika ucapan Ayub ditinjau dengan cermat,akan nyatalah bahawa dia berkata-kata seperti orang jahat.