5 Ayub berkata, ‘Aku tidak bersalah,tetapi Allah tidak memberikan keadilan kepadaku.
6 Aku dianggap berdusta, kerana mengatakan aku benar.Aku cedera parah, tetapi aku tidak bersalah.’
7 Pernahkah kamu melihat orang seperti Ayub ini?Dia menghina Allah berkali-kali.
8 Dia gemar akan orang jahat sebagai teman,dan orang durjana sebagai kawan.
9 Dia berkata bahawa tiada gunanyadiperkenankan Allah.
10 Hai orang pandai, dengarlah!Adakah Allah Yang Maha Kuasa melakukan hal yang salah?
11 Dia membalas manusia setimpal dengan perbuatan merekadan memperlakukan mereka dengan sepatutnya.