8 Binatang liar masuk ke dalam gua,lalu berlindung di dalam sarangnya.
9 Angin ribut datang dari selatan,dan angin yang sejuk sekali datang dari utara.
10 Nafas Allah membekukan permukaan air yang luas,dan mengubahnya menjadi ais yang keras.
11 Mega dimuati-Nya dengan air,dan awan bercahaya kerana diterangi petir.
12 Awan melayang ke seluruh dunia,dan melakukan segala perintah Allah.
13 Allah menurunkan hujan untuk membasahi bumi,ataupun untuk menghukum manusia,ataupun bagi menunjukkan anugerah-Nya.
14 Diamlah sekejap, hai Ayub, dan dengarlah,perhatikanlah hal-hal besar yang dilakukan Allah.