13 Kuburkanlah mereka semua di dalam tanah;kurunglah mereka di dunia orang mati.
14 Lalu engkau akan Kupuji,kerana engkau telah menang dengan usahamu sendiri.
15 Perhatikanlah Behemot, makhluk raksasa itu,yang juga ciptaan-Ku, seperti engkau.Behemot makan rumput seperti lembu,
16 tetapi perhatikanlah tenaga pada badannya,dan kekuatan pada ototnya.
17 Ekornya tegak seperti pokok sedar,dan otot di kakinya sangat kuat.
18 Tulangnya kuat seperti gangsa,dan kakinya umpama batang besi.
19 Itulah makhluk yang paling menakjubkan antara segala ciptaan Allah.Behemot hanya dapat dikalahkan oleh Penciptanya.