8 Renunglah kebijaksanaan zaman purba;fikirkanlah pengalaman nenek moyang kita.
9 Hidup kita singkat sekali dan kita tidak tahu apa-apa;kita berlalu seperti bayang-bayang di dunia.
10 Tetapi hendaklah engkau diajar orang bijak zaman purba;dengarlah kata-kata mereka,
11 ‘Gelagah tumbuh di tempat berair sahaja,dan mensiang hanya didapati di tanah paya.
12 Jika air mengering, layulah gelagah,lebih cepat daripada tumbuhan lain.Padahal, gelagah itu masih terlalu mudauntuk dipotong dan digunakan.
13 Begitulah orang yang tidak mengenal Allah;harapan mereka hilang apabila mereka lupa akan Allah.
14 Mereka berharap kepada benang yang halus,mereka percaya kepada sarang labah-labah.