5 Seluruh lembu itu, termasuk kulit, daging, darah, dan ususnya harus dibakar di hadapan imam.
6 Selanjutnya imam itu harus mengambil sedikit kayu sedar, setangkai hisop, dan seutas tali merah, lalu melemparkan semuanya ke dalam api yang sedang membakar lembu merah itu.
7 Kemudian imam harus mencuci pakaiannya dan mandi, barulah dia boleh masuk ke perkhemahan, tetapi dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
8 Orang yang membakar lembu itu mesti mencuci pakaiannya dan mandi, tetapi dia juga tetap najis sehingga matahari terbenam.
9 Selepas itu seorang yang tidak najis harus mengumpulkan abu lembu tadi dan meletakkannya di luar perkhemahan, di suatu tempat yang tidak najis. Abu itu disimpan di situ supaya umat Israel dapat menggunakannya untuk menyediakan air bagi upacara penyucian. Upacara itu dilakukan untuk menghapuskan dosa.
10 Orang yang mengumpulkan abu itu mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia tetap najis sehingga matahari terbenam. Peraturan ini berlaku selama-lamanya bagi umat Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.
11 Sesiapa yang menyentuh mayat menjadi najis selama tujuh hari.