8 Beritahulah umat Israel bahawa apabila seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada anak perempuannya.
9 Jika dia tidak mempunyai anak perempuan, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara lelakinya.
10 Jika dia tidak mempunyai saudara lelaki, tanah pusaka itu harus diwariskan kepada saudara lelaki bapanya.
11 Jika dia tidak mempunyai saudara atau bapa saudara, tanah pusaka itu harus diwariskan kepada saudara mara yang terdekat kepadanya.” Umat Israel harus patuh kepada hukum itu, menurut perintah TUHAN melalui Musa.
12 TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah ke Pergunungan Abarim dan pandanglah tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel.
13 Selepas memandang tanah itu, engkau akan meninggal sebagaimana Harun abangmu juga sudah meninggal,
14 kerana kamu berdua telah melawan perintah-Ku di padang gurun Zin. Apabila segenap umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku di Meriba, kamu tidak menyatakan kuasa-Ku yang suci di hadapan mereka.” (Peristiwa itu terjadi di mata air Meriba di Kades, di padang gurun Zin.)