13 Malaikat pelindung kerajaan Persia menentang aku selama dua puluh satu hari. Kemudian Mikhael, salah satu pemimpin malaikat, datang menolong aku, kerana aku ditinggalkan sendirian di Persia.
14 Sekarang aku datang untuk membolehkan engkau memahami hal yang akan berlaku kepada bangsamu. Penglihatan itu tentang masa depan.”
15 Ketika dia mengatakan hal itu, aku menundukkan muka. Aku terpegun.
16 Kemudian malaikat yang rupanya seperti manusia itu, menghulurkan tangannya dan menyentuh bibirku. Aku berkata kepadanya, “Tuan, penglihatan ini membuat saya sangat lemah, sehingga saya tidak berhenti-henti gementar.
17 Saya seperti seorang hamba yang menghadap tuannya. Bagaimanakah saya dapat bercakap kepada tuan? Saya tidak berdaya lagi dan nafas saya sesak.”
18 Sekali lagi dia menyentuh aku dan aku merasa lebih kuat.
19 Katanya, “Allah mengasihi engkau. Oleh itu jangan takut dan jangan cemas tentang apa-apa.”Setelah dia berkata demikian, aku bertambah kuat. Lalu aku berkata, “Tuan, sila bercakap. Tuan telah menguatkan saya.”