6 Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.
7 Aku seorang sahaja yang nampak penglihatan itu. Orang yang bersama-samaku tidak nampak apa-apa pun, tetapi mereka ketakutan. Mereka lari dan menyembunyikan diri.
8 Aku tertinggal seorang diri, dan memperhatikan penglihatan yang menakjubkan itu. Aku tidak berdaya lagi, dan mukaku menjadi pucat pasi.
9 Apabila aku mendengar suaranya, aku jatuh tertiarap di tanah dan tidak sedar.
10 Kemudian ada tangan yang memegang aku dan menolong aku bangun sambil bertumpu pada lutut dan tangan.
11 Malaikat itu berkata kepadaku, “Hai Daniel, Allah mengasihi engkau. Bangunlah dan dengarlah baik-baik perkataanku ini. Aku telah diutus kepadamu.” Setelah dia berkata demikian, aku bangun berdiri, dan masih gementar.
12 Katanya lagi, “Hai Daniel, janganlah takut. Allah telah mendengar doamu sejak hari pertama engkau bertekad merendahkan diri untuk mendapatkan pengertian. Aku datang sebagai jawapan doamu.